Sabtu, 14 April 2012

Gempa Bumi 8.5 SR Mengegarkan Aceh, 11 april 2012 .

Gempa di Aceh 8.5 SR, 11 april 2012 Baru saja terjadi gempa dengan kekuatan 8.5 skala ritcher, di dekat pulau sumatera. Kekuatan gempa pada skala ini biasanya membawa bencana dan kemusnahan besar. Paparan kaca televisyen memperlihatkan suasana panik berlaku di bandar Acheh dan sekitarnya. Gempa yang berpusat di dekat pulau sumatera bukan sahaja membawa pengaruh di Indonesia malah juga ke negara-negara jiran seperti Phuket (Thailand) dan Pulau Pinang (Malaysia). Gempa yang berlaku sekitar jam 15.39 waktu tempatan dan berterusan beberapa ketika. Kebimbangan berlakunya tsunami menyebabkan beberapa negara telah mengeluarkan amaran bencana.Gempa juga dirasakan di Padang hingga Bengkulu.
Gempa Aceh April
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika gempa ini berpotensi tsunami dengan kedalaman lebih kurang 10 Km.


THINK GLOBAL ACT LOCAL-MENUlis.


Analisis Guru Geografi SMKPT.

1. Kejadian gempa disebabkan oleh pergerakan plat tektonik samada secara bertembung atau mencapah.

2. Analoginya mudah ibarat dua keping roti (plat tektonik) berada di atas kuah sup (lapisan mantel) terapung-apung dan tidak stabil.

3. Ketidakstabilan plat tektonik ini dibantu oleh arus perolakan dalam lapisan mantel yang sentiasa menolak kerak bumi atas.Pergeseran dan  pertembungan memungkinkan kejadian gempa seperti yang berlaku di Acheh.

4. Ombak Tsunami (ombak pelabuhan dalam bahasa Jepun) akibat gegaran sekiranya gempa bumi berpusat di bawah laut.

5. Untuk makluman, gempa bumi sentiasa berlaku pada setiap saat cuma kekuatannya amat lemah menyebabkan kita tidak sedar.

6. Anda yang berada di Malaysia seharusnya bersyukur kerana negara kita terhindar dari kejadian gempa dan gunung berapi kerana terletak di Luar Lingkaran Api Pasifik. Alhamdulillah.


Tiada ulasan: