Ahad, 29 Julai 2012

MALAYSIA LUBUK EMAS BAGI WARGA ASING.


PASAR BORONG KL DIJAJAH WARGA  ASING

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang menjalankan perniagaan menjual sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh warga asing terutamanya dari Myanmar.
Senario itu kini semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik tocang.



Mereka juga didakwa berlagak samseng hingga ada yang berani mencetuskan pergaduhan sesama sendiri dengan peniaga tempatan.
Malah kejadian pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras warga asing terbabit.
Menurut sumber, warga asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga ditawarkan peniaga tempatan.
“Contohnya, jika sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan pemborong.
“Kes kecurian sayur juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur yang mahal pada harga pasaran semasa,” kata sumber itu ketika ditemui di sini semalam.


JOM KITA KAITKAN DENGAN APA YANG KITA BELAJAR KAT SEKOLAH.
Warga asing selalunya kita kaitkan dengan Migrasi Antarabangsa, atau perpindahan masuk penduduk satu Negara ke Negara yang lain (jangkamasa lama dan mendatangkan kesan). Kalau dalam istilah geografi ia disebut sebagai ketidakseimbangan ruang contohnya mundur dan maju. Jadi warga kawasan mundur akan berusaha mendapatkan kemewahan dan keselesaan di tempat yang baru. Hal ini menjadi perkara yang normal di Malaysia. Natijahnya bila  hadirnya sesuatu perayaan orang akan berduyun balik ke luar Bandar. Sementara ribuan warga asing akan menakluki kotaraya Kuala Lumpur.

Faktor Migrasi Antarabangsa
Walaubagaimana pun kebanjiran warga asing ini dapat dikaitkan dengan factor menarik dan factor menolak.

Faktor Menolak (Keadaan di Negara asal)
§     Krisis ekon di negara asal
§    Kadar upah yang rendah dan tidak tetap.
§     Ketidakstabilan politik negara asal
§     Gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir
§     Masalah kemiskinan dan taraf hidup yang rendah.

Faktor Menarik (Keadaan di Negara destinasi)
§    Politik stabil di Malaysia menarik golongan professional untuk mengembangkan    kerjaya misalnya perniagaan.
§     Ekonomi stabil
§     Peluang kerja dan gaji tinggi
§     Nilai mata wang tinggi di M’sia
§     Pembangunan ekon meningkat tetapi kurang§   
 §    Budaya serumpun/sama (agama & budaya) contohnya Indonesia.
§     Hubungan persaudaraan yang telah wujud
§     Dasar Kerajaan
§     Dasar utk meningkatkan sektor pertanian – buruh diperlukan
§     Adanya MOU & hubungan diplomatik
§     Letakan berhampiran & jarak dekat


Tiada ulasan: