Selasa, 8 Mei 2012

Teknik Pengajaran: Dari dekat kepada jauh

Susah juga nak sampaikan benda yang abstrak kepada pelajar, apa lagi kebanyakan mereka ini tidak terdedah kepada maklumat. Usaha yang lebih kena dibuat bagi memudahkan mereka faham bagai "menghidupkan benda yang".


Tajuk hari ini ialah Gunung Berapi, susah nak bagi tau benda yang berlaku 80km di dalam bumi kalau tidak dibantu dengan nota dan rajah. Jadi kenalah create bahan sikit untuk pelajar-pelajar 4 Al Battani. Harap boleh digunakan dan membantu.


Bahan Pengajaran:




PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

Kawah Gunung Berapi, Hawaii
Kon Abu
Pemandagan Danau Toba,
Sebuah Tasik Gunung Berapi
Penempatan di Kawasan Kawah



 Proses:
Gunung berapi terbentuk hasil daripada batu-batan cair yang terkumpul di bawah kerak bumi. Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan batu-batan menjadi cair. Batu-batan cair ini dikenali sebagai magma.

Kebanyakan magma terbentuk kira-kira 80km hingga 160km di bawah permukaan bumi. Magma yang panas akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan dan kurang tumpat daripada batu disekitarnya. Magma mengalir keluar ke permukaan bumi melalui rekahan atau lohong gunung berapi dikenali sebagai lava.







BNTUK MUKA BUMI KAWASAN GUNUNG BERAPI

BENTUK MUKA BUMI JALAR LUAR


BENTUK MUKA BUMI JALAR LUAR







Jenis Kon Gunung Berapi


KON P
KON Q
Jenis Lava:Kon Lava Bes
Jenis Lava: Kon Lava Asid
Ciri:
-Lava lebih cair

-Mengalir deras

-Kurang kandungan silika

Ciri:
-Lava likat

-mengalir perlahan

-kandungan silika tinggi


Kesan Gunung Berapi Kepada Manusia
Kesan Baik
Kesan Buruk

Tanah Subur-lava bes
Kemusnahan harta benda

Pelancongan- Tasik kawah
Mengorbankan nyawa

Tenaga geoterma
Pencemaran udara-debu, abu, gas beracun

Tiada ulasan: