Sabtu, 14 April 2012

Alangkah Baiknya Kalau Kita Seperti...

Hari ni terbangun awai walaupun hari Ahad off day. Mungkin dah terbiasa dengan waktu tido dan bangun harian jadi cam biasa kul 5.30 pagi mata dah x leh  nak pejam. So dah siap solat subuh dalam 6.30 terkebil-kebil dah tak tau nak buat apa jadi bukalah grill dan pintu awai sikit. Kemudian teringat pesan orang tua-tua, kalau nak rezeki banyak masuk ke rumah kita kena buka pintu pagar awal-awal pagi.

Kat tepi pagar dekat dengan pintu tu, kalau siapa penah lalu depan rumah ni mesti perasan pokok ceri kat situ. Aku memang dah lama berperang dengan orang rumah katanya pokok ni patut ditebang kerana buat semak je. Aku sentiasa mempertahankan dengan alasan "burung-burung i nak makan apa". Yang aku nak tulis ni bukan pasal pokok ni tapi pasal burung.

Pagi ni bila lalu bawah pokok ni rasa macam terpanggil untuk mendongak ke atas. Perhatianku tertarik pada bunyi kicau berberapa ekor burung kecil di atasnya. Melompat dari dahan ke dahan, ranting ke ranting mencari buah-buah ceri yang masak. Ada burung merbah kapur, kelicap dan beberapa jenis yang aku tak pasti namanya.

"Hebatnya ciptaan Tuhan bisik hatiku". Alangkah baiknya kalau aku seperti burung gembira selalu berkicau menyanyi. Burung tak pernah fikir tentang apa mereka nak makan esok. Cerah sahaja tanah mereka terbang mencari makan dan bersyukur dengan apa yang dapat. Mereka hanya bergantung kepada kerajinan dan usaha yang gigih kerana percaya rezeki Tuhan ada di mana-mana. Maha Agung ekosistem ciptaan Tuhan.Tidak seperti kita manusia sangat khuatir kalau-kalau perut tak terisi esok. Oleh itu ramai orang berlumba-lumba mencari kekayaan hingga lupa hak orang lain dan kadangkala melakukan pembaziran.

Tidak seperti burung mereka makan setakat cukup mengisi perut mereka. Jarang sekali kita jumpa burung memunggah makanan dan menyimpan di sarang. Jika ada lagi buah yang masak mereka akan meninggalkan buat rakan-rakan yang lain. Alangkah harmoninya hidup masyarakat burung. Kegembiraan burung yang geger bunyinya di atas dahan membuat aku tersenyum "Adakah aku seperti mereka, gembira selalu, rajin berusaha, tidak tamak, tidak mementingkan diri dan hidup harmoni di pagi hari'. 

Merdu sungguh kicau burung (padaku), mungkin tidak bagi orang lain. Kalau di Singapura minum kopi sambil mendengar "bird singging" ialah sesuatu yang mahal harganya. Mungkin segelas kopi bernila RM5. Hari ni aku dapat hiburan percuma dan sungguh menenangkan. Subahanallah...Maha Suci Allah mencipta sesuatu cukup dengan kesempurnaa dan tidak sia-sia.

Pintu pagar telah ku buka dan bergegas naik mengejutkan ahli-ahli rumah yang lain. 


Tiada ulasan: