Ahad, 15 April 2012

CERITA TENTANG 7 ORANG KETUAKU

Hari ini kebetulan aku free sepanjang hari. Masa yang free ini bolehlah aku mengemaskini fail-fail Panitia Geografi dan beberapa perkara berkaitan data sekolah. Ada juga dua kelas relief yang kena aku masuk.


Sebenqnya bukanlah aku nak ceritakan pasai aku x mengajaq hari ni. Tadi kebetulan balik dari kelas relief aku terserempak dengan seorang bekas pengetua aku dulu (dah pencen). Jadi terlintas di kepada best jugak kalau aku tuliskan beberapa kisah tentang bekas-bekas bos aku. Pengalaman mengajar disekolah ini bermula 05/05/1997 hingga kini (satu tempoh yang panjang bagi seorang pendidik di sebuah sekolah. Hai x reti-reti nak pindah ke?). Jadi dalam tempoh 15 tahun ni telah banyak perubahan yang dapat ku perhatikan berlaku di sini termasuklah kemudahan asas, jenis peel murid, guru-guru dan tidak terkecuali pengetua seramai 7 orang.


Sebelum tu aku nak minta maaflah kalau apa yang aku tulis ni menyinggung perasaan sapa2. Aku sengaja tidak susun mereka ni megikut urutan supaya hang pa x labelkan derang ni sebagai watak antagonis dan protagonis . Apa yang bakal ditulis ini sekadar pengalaman sebagai seorang guru biasa.


Ketua 1
Nak betulkan hati dan nak merawat hati bukan kerja yang mudah. Sebab itu sekarang ni macam-macam rawatan alternatif diperkenalkan. Asasnya sama nak membetulkan hati.


Mungkin inilah study kes yang telah dibuat oleh ketuaku yang seorang ini. Bila dia mula masuk sebagai ketua berbagai-bagai perubahan yang telah dibuat. Hati pelajar dan guru dapat dimenangi. Bak kata seorang guru " Masa kita duduk bawah dia, kerja banyak sangat tapi tak rasa penat". Jelas mengambarkan suasana kerja yang mesra, harmoni dan kondusif boleh mengerakkan tenaga manusia bagai mesin. Tekan suis saja terus on.


Beliau memperkenalkan budaya bersalaman dikalangan pelajar. Pelajar dan guru diasuh bersalaman setiap kali permulaan dan pengakhiran persekolahan setiap hari. Di sini aku dapat lihat pelajar lebih mesra, "jinak" dan boleh menerima setiap hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah.


Ketua yang seorang ni selalu memberikan contoh dan tauladan yang baik. Dalam aktiviti anjuran sekolah seboleh-bolehnya beliau ingin terlibat sama. Sekali tu kalau tak silap masa majlis mengacau bubur asyura. Masa tu jam dah dekat pukul 12.00 malam beliau baru balik dari menghadiri mesyuarat dan sempat datang mencuci beras dengan aku. Bila dia menyerahkan sesuatu tugas pada kita, dia tak biarkan kita keseorangan. Dia bergerak bersama dan kadang-kala lebih 'punture' dari kita.


Akhirkata, beliau telah meninggalkan sekolah dengan nama yang harum dan semua warga terasa akan kehilangannya. Semoga dia dapat meningkatkan bakatnya di tempat baru Aminn.


Ketua 2
Titlenya haji/hajah yang dia dapat lepas pencen. Aku ingat lagi dia ni suka perlekeh orang laki yang muda2 agaknya takut sahamnya terancam. Kalau nak selamat bawahnya kena ikut arah angin bertiup. Kalau ke arah monsun timur laut kite kena ikut, kalau ke barat daya  pun kite kena ikut (walau kite dah koner keta ke arah lain). Klau tak ikut silap hari bulan kena boom la. 


Kalau kat sekolah ok tak semestinya kat luar pun ok. Pengalaman yang aku dengar dari beberapa orang cikgu bila jumpa kat luar dia buat tak kenai...tak tau pasai apa?. Agaknya macam cite antara dua darjat tu kot. Tapi aku tak pernah plak mengalami kes2 yang macam ni sebab bila akan terserempak...awai-awai lagi aku koner tang lain.


Sebenaqnya aku ada peristiwa yang aku rasa terkilan sampai sekarang. Masa tu cuti penggal (klau x silap). Lepas cuti penggal tu exam akan bermula. So dalam cuti tu aku mai la sekolah konon2nya nak buat baik bikin soalan. Kebetulan roomate aku mase tu ada jaga satu bilik yang ada komputer (masa ni komputer barang mewahh oiii...bukan semua cikgu boleh guna, sapa yang boleh guna tu hidungnya lebih kembang dari orang lain). Nak dijadikan cerita aku pinjam la kunci ngan roomate tu. Sedang asyik aku menaip soalan tu tetiba orang suruhan dia datang offkan semua barang dan tutup bilik tu, kunci bilik derang amik (macam rampas laa). Katanya harga komputer tu ribu-ribu takut rosak kot. Macam la aku tak tau pakai komputer. Niat aku nak buat baik tu tak tau betul ke tidak. 


Betullah kata Ibn Khaldun (sejarawan Islam) "niat tidak menghalalkan cara". Mungkin niat aku baik tapi cara aku x kena kot...Tak palah dia pun dah pencen, selalu aku jumpa kat bandar. Macam biasa bila hampir nak serempak aku twistkan stereng takut bertembung.(Kot-kot dia buat tak kenal lagi). Disini aku nak lahirkan jutaan terima kasih walau macam tu dia baik dan bertanggung jawab. Semoga dia dapat menjalani hari-hari rehatnya dengan aman dan gembira. Aminn!!!.


Ketua 3
"setiap bidang kerja mesti mengikut matlamatnya. Kalau pokok bunga mestilah pokok itu dikerjakan hingga berbunga",antara dialog yang aku curi dengar masa dia buat perjumpaan dengan pekerja buat kali pertama. Orangnya cukup hebat dan terkenal namanya harum ke seluruh negeri dengan idea gahnya menjana kemajuan pendidikan dengan programmm....aku pun dah lupa (saja x nak bagi tau).


Orangnya cukup bergaya, kadang-kadang mengenakan bolero (takat ni tak ada lagi cikgu SMKPT pakai benda tu). Dia selalu juga masuk mengajar bersama aku dalam satu kelas macam duet gitu. Dia nak mempopularkan idea "team teaching". Masa aku ngajar dia dok belakang kontrol budak. Bila aku mati akai dia plak sambung. Idea-idea dia cukup  magis sepadan dengan pengalamannya.


Dia ni jenis tak cakap banyak, apa lagi berborak-borak kosong di kantin. Kebanyakan masa dia habiskan dalam pejabatnya merancang, merangka program untuk di implement di peringkat sekolah. Era dia kita boleh dengar tentang Jejak Impian Pi K K Pi melanium dan lain-lain. 


Dia sangat tidak toleran dengan benda yang remeh, main-main tidak serius. Pada andaian  ku kalau 2 + 2 mesti jawapannya 4. Tidak boleh yang lain. Pernah aku tengok sekali tu, satu masa perhimpunan di habiskan dengan menyanyikan lagu negaraku kerana nyanyian pelajar tidak ikut spek yang dia nak, lembek, main-main, tidak semangat, tidak seragam dan tidak ikut bit.


Tak lama dia di SMKPT kemudian ditukarkan ke sekolah dan jabatan lain. Dia juga sedang berehat bersara sekarang ini. "Kata-kata dia yang masih ku pegang dan percaya, untuk menang dalam sesuatu peperangan kita harus "know your enemy". Pendekatan inilah banyak aku gunakan untuk menghadapi pelajar, untuk mengajar kita mesti tahu kelemahan dan kekuatan pelajar kita. Dari itu kita buat strategi. Alahh macam nak main bola tuuu...Doaku moga dia sihat dan gembira meniti hari-harinya.


Ketua 4
He3...kalau dengar suara dia bersin lemah longlai lutut, rasa hilang separuh tulang dalam badan. Kalau nak cakap pasal garang takat ni tak dak sapa bulih celen. Budak-budak hari pertama dah dapat "lempeng terbang" sengap satu sekolah. Pernah sekali tu roomate aku  sikit punya syok dok kantin, sampai lambat masuk kelas. Kebetulan masa tu dia ronda kelas, habis dihalaunya budak satu kelas pegi belajar di kantin dekat roomate aku. Hehehe terkedu. Ada juga sekali seorang cikgu hampir kena balingan mikrofon kerana benaalah tu asyik tenggelam timbui bunyinya. Nama cikgu tu aku rahsiakan la biar suspen. Sekali tu perhimpunan pagi isnin masa tu cikgu lambat mulakan majlis (masa ni guru pengerusi majlis). Dia bingkas bangun pegang mikrofon terus umum perhimpunan bersurai.


Walau pun dia jenaih tegas, tapi aku tabikkk sebab dari penilaian aku dia lah antara ketua yang terbaik. Banyak kemudahan yang dia bawa masuk sekolah. Idea-idea dia bernas dan banyak merubah fizikal sekolah. Antaranya ialah pembukaan kelas MPV. Dia selalu cakap kalau nak harap pengetua belanja sori laa yaa. "Wang Dah Habis'...Akronim bagi no plat keretanya WDH tu.


Dia juga sedang menjalani masa rehat bersaranya. Tiap kali jumpa dia, suka membahasakan dirinya sebagai "tok" kepada anak-anak aku. Motto yang dia bawa "marilah menuju kejayaan" telah banyak mengubah budaya sekolah SMKPT sehingga kini. Moga dia diberi rezeki dan kesihatan yang baik. Aminn!!


Ketua 5
Orangnya sudah ada title haji/ hajah. Aku kenai lama dah sejak hari mula-mula posting kat sini aku jumpa dia dulu. Dia la yang bagi jadula 2E masa tu suruh aku ajar BI hehehe. Cikgu ajaran sesat la masa tu. Dia kata tak pa lah janji budak-budak tau sepatah dua perkataan jadilah (masa tu kelas tu memang x ada cikgu BI). Asyik-asyik aku ajar pasai main bola. Budak-budak suka apa!. Macam-macam perkataan  keluaq dari padang bola. Antaranya : offside, attack, goalkeeper, midfield, hand ball, kid dan lain-lain.

Dia ni cukup simple, boleh buat kerja-kerja orang kampung, mesin rumput pun boleh. Tapi yang tak tahan (bagi orang malas) masa dia ni sekolah sangat sibuk menjadi pengajur untuk daerah dan negeri. Bayaklah program 2 dalam 1, 3 dalam 1 pun ada adoii. Dia kata "keh percaya dengan cikgu keh, demeh tu boleh buat punyaa". Bagi orang yang suka mengasah bakat satu peluanglah. Bagi yang suka mengasah rehat berat la juga bebannya.

Namun apa yang aku suka tentang bos aku ni dia ni memang suka mencover. Semua hal dia akan cover. Sampai benda yang dia tak tahu pon dia cover. Teringatlah satu ketika bila orang Jabatan tanya satu perkara dengan aku belum sempat aku jawab dia dah jawab. Padahal jawapan tu tak.........he.

Bekas bos aku  juga sedang berehat pencen bersama keluarga. Semoga bos aku ni boleh membuat perkara-perkara yang tertangguh yang tak sempat nak buat masa dia kerja dulu. Aminn!!

Ketua 6
Orangnya title haji/ hajah juga. Bertuahnya dia muda-mudah dah jadi orang besar. Kata member2 orang yang kuat berdoa dan sujud murah rezekinya. Masih lagi gagah, masih lagi bertugas. Formulanya mudah hidup mesti "smart".

Jiwanya lembut dan lebih memberatkan pendekatan nasihat dan tunjuk ajar. Tapi kadang-kadang pelajar sini  tak reti nak faham. Ada juga yang keras kepala terpaksalah juga pengetua merotan. dari air mukanya aku lihat itu tidakan yang tidak popular baginya. Kegelisahan jelas terbayang. Alangkah baiknya jika pelajar lebih memahami pendekatan seseorang guru.

Aku tak ada banyak benda nak tulis kerana dia kat sekolah ni pun sekejap. Pas2 dia kena pindah dan tempatnya diambil alih oleh Ketua 6





Tiada ulasan: