Selasa, 24 April 2012

Bagaimana Solat Kita Hari Ini

Sebuah Masjid di India telah diruntuhkan oleh sekumpulan pelampau hindu, namun solat berjemaah mereka tetap penuh.
 "Mereka boleh membinasakan masjid kami, tapi tidak iman kami."

Gambar: Masjid Babri, India.

Di Malaysia dan Indonesia, masjid2 berdiri megah.. Namun? Kipas dalam masjid lebih banyak daripada orang yg solah berjemaah.. Apa alasan kita untuk tidak pergi solah berjemaah?? tepuk dada tanya iman.




Rahsia di sebalik solat.
Subhanallah, setiap apa yang Allah perintahkan itu pasti ada hikmahnya.
Tidak ada satupun ciptaan Allah di alam ini dilihat sia-sia,malahan saling melengkapi antara satu sama lain.


Pendidik Dengan Cabaran

Maaflah sebab dalam banyak-banyak tulisan, benalah berkaitan cikgu banyak disentuh. Maybe faktor persekitaran mempengaruhi. Cikgu tidak seperti bakery, hasil yang diharapkan boleh dijangka. Kalau semua dah timbang dengan betul pasti resipi kek coklat menjadi. Cikgu bagai perancang peperangan ceh ceh ceh..ni melampau sangat!. Cikgu ni boleh juga boleh ibarat macam football player. Kena kaji setiap inci pasukan lawan. Kalau boleh luar dalam kena tauuu.:-P. Seni mengajar ni kena banyak pakai tipu helah, kadang-kadang benda tak serius boleh jadi serius.

Ntah! tak tau nape tetiba nak tulis pasai ni, agaknya hari ni masuk klas waktu akhir kot. Budak-budak bagai hilang pedoman. Dah la ramai tak mai. Try tekan kalkulator kat HP...isk isk 30% tak datang dah la semalam 25%. Lagu mana nak mantain result geo SPM. Camne nak ajar ni. tajuk yang nak ajar hari ni kira penting jugak untuk exam. Dah la 27 kepala yang ada dengan 27 perangai. Kenalah belakon kadang serius, kadang jenaka tak bagi depa ZZzzz...Adoii.

Umm...wase ngantuk daa..hari ni ada air sejuk sikit badan (dah 3 hari x cukup air)...nak masuk tidoq.

Jumaat, 20 April 2012

Trip Kenyir 2012 pada 15, 16 17 Sept 2012.

Kepada ahli kelab kakitangan SMKPT, semoga tahun 2012 lebih Ummmpppp!.

Layann video Trip Kenyir 2011
Lagi sambungan Trip Kenyir 2011

Khamis, 19 April 2012

Inca Girl Frozen For 500 years, Now On Display


Llullaillaco Maiden Inca Ice Mummy
(Above: The 15-year-old “Llullaillaco Maiden” was sacrificed along with two other children on top of Mt. Llullaillco, in northern Argentina, at 22,000 feet)
In Argentina, A Museum Unveils A Long-Frozen Maiden
September 11, 2007
NYT
SALTA, Argentina — The maiden, the boy, the girl of lightning: they were three Inca children, entombed on a bleak and frigid mountaintop 500 years ago as a religious sacrifice…
Unearthed in 1999 from the 22,000-foot summit of Mount Llullaillaco, a volcano 300 miles west of here near the Chilean border, their frozen bodies were among the best preserved mummies ever found, with internal organs intact, blood still present in the heart and lungs, and skin and facial features mostly unscathed. No special effort had been made to preserve them. The cold and the dry, thin air did all the work. They froze to death as they slept, and 500 years later still looked like sleeping children, not mummies.
Mount Llullaillaco, in northern Argentina, had three frozen Inca children at its top–offerings to the gods.
Mount Llullaillaco, in northern Argentina, had three frozen Inca children at its top–offerings to the gods.
In the eight years since their discovery, the mummies, known here simply as Los NiƱos or “the children,” have been photographed, X-rayed, CT scanned and biopsied for DNA. The cloth, pottery and figurines buried with them have been meticulously thawed and preserved. But the bodies themselves were kept in freezers and never shown to the public — until last week, when La Doncella, the maiden, a 15-year-old girl, was exhibited for the first time, at the Museum of High Altitude Archaeology, which was created in Salta expressly to display them.
The new and the old are at home in Salta. The museum faces a historic plaza where a mirrored bank reflects a century-old basilica with a sign warning churchgoers not to use the holy water for witchcraft. Now a city of 500,000 and the provincial capital, Salta was part of the Inca empire until the 1500s, when it was invaded by the Spanish conquistadors.
Although the mummies captured headlines when they were found, officials here decided to open the exhibit quietly, without any of the fanfare or celebration that might have been expected.
“These are dead people, Indian people,” said Gabriel E. Miremont, 39, the museum’s designer and director. “It’s not a situation for a party.”
The two other mummies have not yet been shown, but will be put on display within the next six months or so.
The children were sacrificed as part of a religious ritual, known as capacocha. They walked hundreds of miles to and from ceremonies in Cuzco and were then taken to the summit of Llullaillaco (yoo-yeye-YAH-co), given chicha (maize beer), and, once they were asleep, placed in underground niches, where they froze to death. Only beautiful, healthy, physically perfect children were sacrificed, and it was an honor to be chosen. According to Inca beliefs, the children did not die, but joined their ancestors and watched over their villages from the mountaintops like angels.
Discussing why it took eight years to prepare the exhibit, Dr. Miremont smiled and said, “This is South America,” but then went on to explain that there was little precedent for dealing with mummies as well preserved as these, and that it took an enormous amount of research to figure out how to show them yet still make sure they did not deteriorate.
The solution turned out to be a case within a case — an acrylic cylinder inside a box made of triple-paned glass. A computerized climate control system replicates mountaintop conditions inside the case — low oxygen, humidity and pressure, and a temperature of 0 degrees Fahrenheit. In part because Salta is in an earthquake zone, the museum has three backup generators and freezers, in case of power failures or equipment breakdowns, and the provincial governor’s airplane will fly the mummies out in an emergency, Dr. Miremont said.
Asked where they would be taken, he replied, “Anywhere we can plug them in.”
The room holding La Doncella is dimly lighted, and the case itself is dark; visitors must turn on a light to see her.
“This was important for us,” Dr. Miremont said. “If you don’t want to see a dead body, don’t press the button. It’s your decision. You can still see the other parts of the exhibit.”
He designed the lighting partly in hope of avoiding further offense to people who find it disturbing that the children, part of a religious ritual, were taken from the mountaintop shrine.
Whatever the intention, the effect is stunning. Late in August, before the exhibit opened, Dr. Miremont showed visitors La Doncella. At a touch of the button, she seemed to materialize from the darkness, sitting cross-legged in her brown dress and striped sandals, bits of coca leaf still clinging to her upper lip, her long hair woven into many fine braids, a crease in one cheek where it leaned against her shawl as she slept.
The Llullaillaco Maiden’s new acrylic chamber is maintained at 0 degrees Farenheit
The Llullaillaco Maiden’s new acrylic burial chamber is maintained at 0 degrees Farenheit
The bodies seemed so much like sleeping children that working with them felt “almost more like a kidnapping than archaeological work,” Dr. Miremont said.
One of the children, a 6-year-old girl, had been struck by lightning sometime after she died, resulting in burns on her face, upper body and clothing. She and the boy, who was 7, had slightly elongated skulls, created deliberately by head wrappings — a sign of high social status, possibly even royalty.
Scientists worked with the bodies in a special laboratory where the temperature of the entire lab could be dropped to 0 degrees Fahrenheit, and the mummies were never exposed to higher temperatures for more than 20 minutes at a time, to preventing thawing.
DNA tests revealed that the children were unrelated, and CT scans showed that they were well nourished and had no broken bones or other injuries. La Doncella apparently had sinusitis, as well as a lung condition called bronchiolitis obliterans, possibly the result of an infection.
“There are two sides,” Dr. Miremont said. “The scientific — we can read the past from the mummies and the objects. The other side says these people came from a culture still alive, and a holy place on the mountain.”
Some regard the exhibit as they would a church, Dr. Miremont said.
“To me, it’s a museum, not a holy place,” he said. “The holy place is on top of the mountain.”
The mountains around Salta are home to at least 40 other burial sites from ritual sacrifices, but Dr. Miremont said the native people who live in those regions do not want more bodies taken away.
“We will respect their wishes,” Dr. Miremont said, adding that three mummies were enough. “It is not necessary to break any more graves. We would like to have good relations with the Indian people.”
Llullaillaco Inca Ice Mummy

Di Petik Dari:
http://lastdayoftheincas.com/wordpress/?p=194

Selasa, 17 April 2012

Antara Swazilad, Switzerland Dan Kampung New Zealand.

Kadang-kala aku terkilan dengan dasar kerajaan sekarang. Akibat dari dasar pendidikan sekaranglah ramai murid buta geografi. Lebih-lebih lagi bila meletakkan geografi sebagai subjek elektif, menyebabkan pihak pentadbiran di sekolah juga meminggirkan dan meletakkan option kepada pelajar yang sederhana rendah sahaja. Natijahnya masyarakat hari ini gagal diterapkan dengan nilai-nilai cintakan alam sekitar yang jitu. Di sekolah, pelajar pula sangat lemah dalam mengenal dunianya.Kurang tajam derianya untuk membincangkan iteraksi ruang. Bayangkan kalau pelajar tingkatan lima masih gagal mengigat dan menentukan lokasi negeri-negeri di Malaysia. Satu beban yang sangat besar kalau disuruh mengigati negara-negara popular dan lokasinya di dunia.


Penulis bukan nak menyalahkan sesiapa. Mungkin mereka pun ada alasan sendiri. Geografi telah hilang nilai ekonominya. Semetelahlah nilai-nilai geografi boleh diperolehi dari mana-mana subjek. Persoalannya dapatkah nilai ini diterapkan secara tidak langsung?.Inilah minda orang Malaysia, segalanya meletakkan keuntungan dihadapan dan melupakan tanggungjawab sosial. Tanah-tanah yang dulunya mengeluarkan sumber makanan (buah-buahan, beras, kelapa, koko) telah digantikan dengan tanaman dagangan. Semata-mata keuntungan yang dilihat.




Dalam subjek geografi, pelajar-pelajar akan diterapakn dengan pemikiran sebab, akibat dan cara mengatasi sesuatu masalah. Sebab itulah walau kerajaan bermatian menerapkan konsep 3R dalam masyarakat, seperti angin lalu sahaja. Sekarang kita tengok setakat mana berjayanya Program Sabtu Tanpa Beg Plastik. Namun sebagai khalayak kita patut menyokongnya. "Think Global Act Local.


Bukan niat blogger nak menulis tentang baik dan buruk dasar pendidikan negara. Biarlah bapak-bapak menteri yang memikirkannya. Agaknya sebab lama benda ni dok pendam akhirnya terluah juga. Tujuan sebenar tulisan ini adalah untuk berkongsi apa yang penulis tahu tentang tiga tempat ni, Antara Swazilad, Switzerland Dan Kampung New Zealand. Bertepatanlah dengan tajuk yang sedang di ajar di 2 Al- Mawardi iaitu tentang perkaitan penduduk dan sumber. Harap pelajar dan sesiapa sahaja mendapat sedikit maklumat.


SWAZILAND.
Swaziland sebuah negara di benua Afrika di mana sebahagian besar rakyatnya berbangsa Afrika dan di dominasi oleh puak Zulu, agaknya lebih dari 70%. Keluasanya kira-kira 17,363 sq. km dan dihuni seramai 1,370,424 orang penduduk (2011). Diperintah secara monarki dan raja sekarang ialah King Mswati III. Apa yang menarik tentang negara ini dan meletakkan negaranya dalam ranking carian dunia ialah tentang tarian reed dan kes HIV tertinggi.




"ReedDance" atau tarian reed  adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat terutama golongan wanita muda. Pelancong-pelancong luar negara juga turut terpanggil untuk mengunjugi Swaziland pada masa ini. Secara tak langsung ianya memberi pulangan ekonomi yang tinggi serta peluang pekerjaan kepada penduduknya yang rata-rata berada dalam kemiskinan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang tarian ini. (Sebenarnya aku konfius nak ceritakan atau tidak). Sebenarnya tarian ini adalah persembahan kepada raja bagi memilih permaisurinya. Jadi kalau sapa-sapa nak jadi shortcut kaya dan terkenal datanglah!. Jadi raja akan tamatkan karier mana-mana isterinya untuk pilih isteri yang baru. Tapi nak tanya hangpa...sanggup ka nak pegi. Rata-rata yang pergi buat persembahan tu memakai pakaian yang paling........ Tak payah cerita naa.




Negara ini pada masa ini sedang berperang dengan masalah penyakit AIDS dan HIV. Jangkaan pada masa akan datang rakyat Swaziland akan semakin mengecil akibat bencana ini.
 King Mswati III

Penularan Aids dan Hiv secara mendadak ini berpunca dari kurangnya kesedaran dikalangan rakyatnya tentang bahaya penyakit serta langkah-langkah pencegahan. Taraf pendidik yang rendah membataskan idea-idea berkaitan HIV dan AIDS di sampaikan. Maklumat yang diperolehi penulis seorang dari empat rakyat dewasa Swaziland mengidap AIDS. Sejak kes pertama dilaporkan tahun 1986,jangkitan berlaku dengan amat pesat sekali dan sehingga kini negara ini menduduki tangga pertama dari segi AIDS. Pada tahun 1999 kerajaan Swaziland mengistiharkan AIDS sebagai wabak utama negara.

Ahad, 15 April 2012

CERITA TENTANG 7 ORANG KETUAKU

Hari ini kebetulan aku free sepanjang hari. Masa yang free ini bolehlah aku mengemaskini fail-fail Panitia Geografi dan beberapa perkara berkaitan data sekolah. Ada juga dua kelas relief yang kena aku masuk.


Sebenqnya bukanlah aku nak ceritakan pasai aku x mengajaq hari ni. Tadi kebetulan balik dari kelas relief aku terserempak dengan seorang bekas pengetua aku dulu (dah pencen). Jadi terlintas di kepada best jugak kalau aku tuliskan beberapa kisah tentang bekas-bekas bos aku. Pengalaman mengajar disekolah ini bermula 05/05/1997 hingga kini (satu tempoh yang panjang bagi seorang pendidik di sebuah sekolah. Hai x reti-reti nak pindah ke?). Jadi dalam tempoh 15 tahun ni telah banyak perubahan yang dapat ku perhatikan berlaku di sini termasuklah kemudahan asas, jenis peel murid, guru-guru dan tidak terkecuali pengetua seramai 7 orang.


Sebelum tu aku nak minta maaflah kalau apa yang aku tulis ni menyinggung perasaan sapa2. Aku sengaja tidak susun mereka ni megikut urutan supaya hang pa x labelkan derang ni sebagai watak antagonis dan protagonis . Apa yang bakal ditulis ini sekadar pengalaman sebagai seorang guru biasa.


Ketua 1
Nak betulkan hati dan nak merawat hati bukan kerja yang mudah. Sebab itu sekarang ni macam-macam rawatan alternatif diperkenalkan. Asasnya sama nak membetulkan hati.


Mungkin inilah study kes yang telah dibuat oleh ketuaku yang seorang ini. Bila dia mula masuk sebagai ketua berbagai-bagai perubahan yang telah dibuat. Hati pelajar dan guru dapat dimenangi. Bak kata seorang guru " Masa kita duduk bawah dia, kerja banyak sangat tapi tak rasa penat". Jelas mengambarkan suasana kerja yang mesra, harmoni dan kondusif boleh mengerakkan tenaga manusia bagai mesin. Tekan suis saja terus on.


Beliau memperkenalkan budaya bersalaman dikalangan pelajar. Pelajar dan guru diasuh bersalaman setiap kali permulaan dan pengakhiran persekolahan setiap hari. Di sini aku dapat lihat pelajar lebih mesra, "jinak" dan boleh menerima setiap hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah.


Ketua yang seorang ni selalu memberikan contoh dan tauladan yang baik. Dalam aktiviti anjuran sekolah seboleh-bolehnya beliau ingin terlibat sama. Sekali tu kalau tak silap masa majlis mengacau bubur asyura. Masa tu jam dah dekat pukul 12.00 malam beliau baru balik dari menghadiri mesyuarat dan sempat datang mencuci beras dengan aku. Bila dia menyerahkan sesuatu tugas pada kita, dia tak biarkan kita keseorangan. Dia bergerak bersama dan kadang-kala lebih 'punture' dari kita.


Akhirkata, beliau telah meninggalkan sekolah dengan nama yang harum dan semua warga terasa akan kehilangannya. Semoga dia dapat meningkatkan bakatnya di tempat baru Aminn.


Ketua 2
Titlenya haji/hajah yang dia dapat lepas pencen. Aku ingat lagi dia ni suka perlekeh orang laki yang muda2 agaknya takut sahamnya terancam. Kalau nak selamat bawahnya kena ikut arah angin bertiup. Kalau ke arah monsun timur laut kite kena ikut, kalau ke barat daya  pun kite kena ikut (walau kite dah koner keta ke arah lain). Klau tak ikut silap hari bulan kena boom la. 


Kalau kat sekolah ok tak semestinya kat luar pun ok. Pengalaman yang aku dengar dari beberapa orang cikgu bila jumpa kat luar dia buat tak kenai...tak tau pasai apa?. Agaknya macam cite antara dua darjat tu kot. Tapi aku tak pernah plak mengalami kes2 yang macam ni sebab bila akan terserempak...awai-awai lagi aku koner tang lain.


Sebenaqnya aku ada peristiwa yang aku rasa terkilan sampai sekarang. Masa tu cuti penggal (klau x silap). Lepas cuti penggal tu exam akan bermula. So dalam cuti tu aku mai la sekolah konon2nya nak buat baik bikin soalan. Kebetulan roomate aku mase tu ada jaga satu bilik yang ada komputer (masa ni komputer barang mewahh oiii...bukan semua cikgu boleh guna, sapa yang boleh guna tu hidungnya lebih kembang dari orang lain). Nak dijadikan cerita aku pinjam la kunci ngan roomate tu. Sedang asyik aku menaip soalan tu tetiba orang suruhan dia datang offkan semua barang dan tutup bilik tu, kunci bilik derang amik (macam rampas laa). Katanya harga komputer tu ribu-ribu takut rosak kot. Macam la aku tak tau pakai komputer. Niat aku nak buat baik tu tak tau betul ke tidak. 


Betullah kata Ibn Khaldun (sejarawan Islam) "niat tidak menghalalkan cara". Mungkin niat aku baik tapi cara aku x kena kot...Tak palah dia pun dah pencen, selalu aku jumpa kat bandar. Macam biasa bila hampir nak serempak aku twistkan stereng takut bertembung.(Kot-kot dia buat tak kenal lagi). Disini aku nak lahirkan jutaan terima kasih walau macam tu dia baik dan bertanggung jawab. Semoga dia dapat menjalani hari-hari rehatnya dengan aman dan gembira. Aminn!!!.


Ketua 3
"setiap bidang kerja mesti mengikut matlamatnya. Kalau pokok bunga mestilah pokok itu dikerjakan hingga berbunga",antara dialog yang aku curi dengar masa dia buat perjumpaan dengan pekerja buat kali pertama. Orangnya cukup hebat dan terkenal namanya harum ke seluruh negeri dengan idea gahnya menjana kemajuan pendidikan dengan programmm....aku pun dah lupa (saja x nak bagi tau).


Orangnya cukup bergaya, kadang-kadang mengenakan bolero (takat ni tak ada lagi cikgu SMKPT pakai benda tu). Dia selalu juga masuk mengajar bersama aku dalam satu kelas macam duet gitu. Dia nak mempopularkan idea "team teaching". Masa aku ngajar dia dok belakang kontrol budak. Bila aku mati akai dia plak sambung. Idea-idea dia cukup  magis sepadan dengan pengalamannya.


Dia ni jenis tak cakap banyak, apa lagi berborak-borak kosong di kantin. Kebanyakan masa dia habiskan dalam pejabatnya merancang, merangka program untuk di implement di peringkat sekolah. Era dia kita boleh dengar tentang Jejak Impian Pi K K Pi melanium dan lain-lain. 


Dia sangat tidak toleran dengan benda yang remeh, main-main tidak serius. Pada andaian  ku kalau 2 + 2 mesti jawapannya 4. Tidak boleh yang lain. Pernah aku tengok sekali tu, satu masa perhimpunan di habiskan dengan menyanyikan lagu negaraku kerana nyanyian pelajar tidak ikut spek yang dia nak, lembek, main-main, tidak semangat, tidak seragam dan tidak ikut bit.


Tak lama dia di SMKPT kemudian ditukarkan ke sekolah dan jabatan lain. Dia juga sedang berehat bersara sekarang ini. "Kata-kata dia yang masih ku pegang dan percaya, untuk menang dalam sesuatu peperangan kita harus "know your enemy". Pendekatan inilah banyak aku gunakan untuk menghadapi pelajar, untuk mengajar kita mesti tahu kelemahan dan kekuatan pelajar kita. Dari itu kita buat strategi. Alahh macam nak main bola tuuu...Doaku moga dia sihat dan gembira meniti hari-harinya.


Ketua 4
He3...kalau dengar suara dia bersin lemah longlai lutut, rasa hilang separuh tulang dalam badan. Kalau nak cakap pasal garang takat ni tak dak sapa bulih celen. Budak-budak hari pertama dah dapat "lempeng terbang" sengap satu sekolah. Pernah sekali tu roomate aku  sikit punya syok dok kantin, sampai lambat masuk kelas. Kebetulan masa tu dia ronda kelas, habis dihalaunya budak satu kelas pegi belajar di kantin dekat roomate aku. Hehehe terkedu. Ada juga sekali seorang cikgu hampir kena balingan mikrofon kerana benaalah tu asyik tenggelam timbui bunyinya. Nama cikgu tu aku rahsiakan la biar suspen. Sekali tu perhimpunan pagi isnin masa tu cikgu lambat mulakan majlis (masa ni guru pengerusi majlis). Dia bingkas bangun pegang mikrofon terus umum perhimpunan bersurai.


Walau pun dia jenaih tegas, tapi aku tabikkk sebab dari penilaian aku dia lah antara ketua yang terbaik. Banyak kemudahan yang dia bawa masuk sekolah. Idea-idea dia bernas dan banyak merubah fizikal sekolah. Antaranya ialah pembukaan kelas MPV. Dia selalu cakap kalau nak harap pengetua belanja sori laa yaa. "Wang Dah Habis'...Akronim bagi no plat keretanya WDH tu.


Dia juga sedang menjalani masa rehat bersaranya. Tiap kali jumpa dia, suka membahasakan dirinya sebagai "tok" kepada anak-anak aku. Motto yang dia bawa "marilah menuju kejayaan" telah banyak mengubah budaya sekolah SMKPT sehingga kini. Moga dia diberi rezeki dan kesihatan yang baik. Aminn!!


Ketua 5
Orangnya sudah ada title haji/ hajah. Aku kenai lama dah sejak hari mula-mula posting kat sini aku jumpa dia dulu. Dia la yang bagi jadula 2E masa tu suruh aku ajar BI hehehe. Cikgu ajaran sesat la masa tu. Dia kata tak pa lah janji budak-budak tau sepatah dua perkataan jadilah (masa tu kelas tu memang x ada cikgu BI). Asyik-asyik aku ajar pasai main bola. Budak-budak suka apa!. Macam-macam perkataan  keluaq dari padang bola. Antaranya : offside, attack, goalkeeper, midfield, hand ball, kid dan lain-lain.

Dia ni cukup simple, boleh buat kerja-kerja orang kampung, mesin rumput pun boleh. Tapi yang tak tahan (bagi orang malas) masa dia ni sekolah sangat sibuk menjadi pengajur untuk daerah dan negeri. Bayaklah program 2 dalam 1, 3 dalam 1 pun ada adoii. Dia kata "keh percaya dengan cikgu keh, demeh tu boleh buat punyaa". Bagi orang yang suka mengasah bakat satu peluanglah. Bagi yang suka mengasah rehat berat la juga bebannya.

Namun apa yang aku suka tentang bos aku ni dia ni memang suka mencover. Semua hal dia akan cover. Sampai benda yang dia tak tahu pon dia cover. Teringatlah satu ketika bila orang Jabatan tanya satu perkara dengan aku belum sempat aku jawab dia dah jawab. Padahal jawapan tu tak.........he.

Bekas bos aku  juga sedang berehat pencen bersama keluarga. Semoga bos aku ni boleh membuat perkara-perkara yang tertangguh yang tak sempat nak buat masa dia kerja dulu. Aminn!!

Ketua 6
Orangnya title haji/ hajah juga. Bertuahnya dia muda-mudah dah jadi orang besar. Kata member2 orang yang kuat berdoa dan sujud murah rezekinya. Masih lagi gagah, masih lagi bertugas. Formulanya mudah hidup mesti "smart".

Jiwanya lembut dan lebih memberatkan pendekatan nasihat dan tunjuk ajar. Tapi kadang-kadang pelajar sini  tak reti nak faham. Ada juga yang keras kepala terpaksalah juga pengetua merotan. dari air mukanya aku lihat itu tidakan yang tidak popular baginya. Kegelisahan jelas terbayang. Alangkah baiknya jika pelajar lebih memahami pendekatan seseorang guru.

Aku tak ada banyak benda nak tulis kerana dia kat sekolah ni pun sekejap. Pas2 dia kena pindah dan tempatnya diambil alih oleh Ketua 6





Sabtu, 14 April 2012

Alangkah Baiknya Kalau Kita Seperti...

Hari ni terbangun awai walaupun hari Ahad off day. Mungkin dah terbiasa dengan waktu tido dan bangun harian jadi cam biasa kul 5.30 pagi mata dah x leh  nak pejam. So dah siap solat subuh dalam 6.30 terkebil-kebil dah tak tau nak buat apa jadi bukalah grill dan pintu awai sikit. Kemudian teringat pesan orang tua-tua, kalau nak rezeki banyak masuk ke rumah kita kena buka pintu pagar awal-awal pagi.

Kat tepi pagar dekat dengan pintu tu, kalau siapa penah lalu depan rumah ni mesti perasan pokok ceri kat situ. Aku memang dah lama berperang dengan orang rumah katanya pokok ni patut ditebang kerana buat semak je. Aku sentiasa mempertahankan dengan alasan "burung-burung i nak makan apa". Yang aku nak tulis ni bukan pasal pokok ni tapi pasal burung.

Pagi ni bila lalu bawah pokok ni rasa macam terpanggil untuk mendongak ke atas. Perhatianku tertarik pada bunyi kicau berberapa ekor burung kecil di atasnya. Melompat dari dahan ke dahan, ranting ke ranting mencari buah-buah ceri yang masak. Ada burung merbah kapur, kelicap dan beberapa jenis yang aku tak pasti namanya.

"Hebatnya ciptaan Tuhan bisik hatiku". Alangkah baiknya kalau aku seperti burung gembira selalu berkicau menyanyi. Burung tak pernah fikir tentang apa mereka nak makan esok. Cerah sahaja tanah mereka terbang mencari makan dan bersyukur dengan apa yang dapat. Mereka hanya bergantung kepada kerajinan dan usaha yang gigih kerana percaya rezeki Tuhan ada di mana-mana. Maha Agung ekosistem ciptaan Tuhan.Tidak seperti kita manusia sangat khuatir kalau-kalau perut tak terisi esok. Oleh itu ramai orang berlumba-lumba mencari kekayaan hingga lupa hak orang lain dan kadangkala melakukan pembaziran.

Tidak seperti burung mereka makan setakat cukup mengisi perut mereka. Jarang sekali kita jumpa burung memunggah makanan dan menyimpan di sarang. Jika ada lagi buah yang masak mereka akan meninggalkan buat rakan-rakan yang lain. Alangkah harmoninya hidup masyarakat burung. Kegembiraan burung yang geger bunyinya di atas dahan membuat aku tersenyum "Adakah aku seperti mereka, gembira selalu, rajin berusaha, tidak tamak, tidak mementingkan diri dan hidup harmoni di pagi hari'. 

Merdu sungguh kicau burung (padaku), mungkin tidak bagi orang lain. Kalau di Singapura minum kopi sambil mendengar "bird singging" ialah sesuatu yang mahal harganya. Mungkin segelas kopi bernila RM5. Hari ni aku dapat hiburan percuma dan sungguh menenangkan. Subahanallah...Maha Suci Allah mencipta sesuatu cukup dengan kesempurnaa dan tidak sia-sia.

Pintu pagar telah ku buka dan bergegas naik mengejutkan ahli-ahli rumah yang lain. 


Gempa Bumi 8.5 SR Mengegarkan Aceh, 11 april 2012 .

Gempa di Aceh 8.5 SR, 11 april 2012 Baru saja terjadi gempa dengan kekuatan 8.5 skala ritcher, di dekat pulau sumatera. Kekuatan gempa pada skala ini biasanya membawa bencana dan kemusnahan besar. Paparan kaca televisyen memperlihatkan suasana panik berlaku di bandar Acheh dan sekitarnya. Gempa yang berpusat di dekat pulau sumatera bukan sahaja membawa pengaruh di Indonesia malah juga ke negara-negara jiran seperti Phuket (Thailand) dan Pulau Pinang (Malaysia). Gempa yang berlaku sekitar jam 15.39 waktu tempatan dan berterusan beberapa ketika. Kebimbangan berlakunya tsunami menyebabkan beberapa negara telah mengeluarkan amaran bencana.Gempa juga dirasakan di Padang hingga Bengkulu.
Gempa Aceh April
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika gempa ini berpotensi tsunami dengan kedalaman lebih kurang 10 Km.


THINK GLOBAL ACT LOCAL-MENUlis.


Analisis Guru Geografi SMKPT.

1. Kejadian gempa disebabkan oleh pergerakan plat tektonik samada secara bertembung atau mencapah.

2. Analoginya mudah ibarat dua keping roti (plat tektonik) berada di atas kuah sup (lapisan mantel) terapung-apung dan tidak stabil.

3. Ketidakstabilan plat tektonik ini dibantu oleh arus perolakan dalam lapisan mantel yang sentiasa menolak kerak bumi atas.Pergeseran dan  pertembungan memungkinkan kejadian gempa seperti yang berlaku di Acheh.

4. Ombak Tsunami (ombak pelabuhan dalam bahasa Jepun) akibat gegaran sekiranya gempa bumi berpusat di bawah laut.

5. Untuk makluman, gempa bumi sentiasa berlaku pada setiap saat cuma kekuatannya amat lemah menyebabkan kita tidak sedar.

6. Anda yang berada di Malaysia seharusnya bersyukur kerana negara kita terhindar dari kejadian gempa dan gunung berapi kerana terletak di Luar Lingkaran Api Pasifik. Alhamdulillah.


Khamis, 12 April 2012

Terkena Aku..

Nak dijadikan cerita pada satu malam tu, try la nak pindah duit masuk akaun anak sedara dari akaun MBank2U. Sebab jarang guna perbankan online ni kadang-kadang ade benda yang konpius untuk ingat.


Masa proses pindah wang tu berlaku pihak MB2U ada tanya soklan keselamatan. Soalannya berbunyi" siapakah nama gerprend pertama kamu?". Masa ni aku dah kaget nak jawab sebab is3 ada kat sebelah. Dia senyum je..dah dua tiga kali try salah masuk jawapan. Dia plak  dok sengeh2..masuk je yg betul bangg!!!. Aku bukan nak tipu tapi jawapan tu memang nama dia. Mungkin sebab salah pilih huruf kecil dan huruf besar. Akaun MB2U aku terus kena blok. Masalahhh....sampai malam dia dok sengeh2 kat aku...Adoii nak kena tepon Mbank Plak.

Semangat Berkobar-kobar..

Semangat Berkobar-kobar..



Hari jumaat selalu buat spoil coz hari ni jadual sentiasa berubah-ubah mengikut program di dewan besar. Kalau ade solat hajat maka waktu P&P berganjak dan waktu berkurang jadi 35 minit.


Dah salah masuk kelas daa...Sebab terlalu alert takut terlepas waktu P&P sebenar 10.40 pegi masuk kelas 9.40. He3...heran budak3. Cikgu buat muka serius, cover.

Catatan Hari Ini

Catatan Hari Ini

 

Hari ni syukur kerana punch card masih lagi biru 7.28 hehehe. Azam tahun ni nak kurangkan jumlah hari "bendera jepun".

#Pagi masuk kelas peberet 2AM. Ok budak-budak hepi walau sorang dua tak siapkan kerja rumah. He3 dapatlah reward untuk derang.

#Tengah hari masuk kelas 4 Battani. Ummm..kelas ni sungguh menguji iman. Ada macam2 peel, ada yang x bawak buku, merayap ke tandas, kaki tido, "geletas" dan paling nyampah mamat yg tak cukup kasih sayang ni. Mulutnya menyamput 25 jam sehari. Sabarrrr... tahun ni aku x nak cari musuh dengan student.

#Petangnya ...umm..doa ku x termakbul. Harap-harap meeting x de. Last2 meeting koko dan PBS. Tak pa aaa untuk kebaikan juga. (memujuk hati).

#Balik2 rumah spoil lagi. Kunci tertinggal. Terpaksa buat panggilan hayat suruh mem balik cepat. Kenalah buat muka manis sebab dah terhutang budi hehehe...