Blog ini sekadar memaparkan pengalaman penulis dan mungkin pengalaman ini tidak bersifat ilmiah.Sekadar santai sahaja...
Rabu, 5 September 2012
5 Place In World That Makes You Froze When Visiting
Kesejukkan yang melampau di bawah paras beku. Huh Grrrrrr!!!..5 Place In World That Makes You Froze When Visiting .Jom kita lihat
Rabu, 1 Ogos 2012
ZON WAKTU TEMPATAN
Mungkin beberapa persoalan timbul dalam minda setiap
daripada pelajar. Mengapa waktu berbuka puasa tidak sama bagi semua tempat di Malaysia.
Alangkah baiknya jika waktu berbuka kita seperti di Sabah dan Sarawak dan waktu
sahur seperti Malaysia barat. Baru-baru
ini kita saksikan perasmian sukan olimpik London 2012 melalui TV di awal pagi.
Nasib baik ianya berlaku di bulan puasa, sekurang-kurangnya masih ramai yang tidak sambung tidur lepas
waktu bersahur. Maka dapatlah kita saksikan kemeriahan perasmian sukan
tersebut.
Pernahkah timbul persoalan dalam kalangan pelajar wajarkah
ianya di adakan di awal pagi. Sebenarnya perasmian pembukaan Olimpik London
2012 berlaku sekitar jam 8.00 pm waktu tempatan. Kalau pelajar masih ingat di
tingkatan 2 pelajar telah mempelajari kedudukan di atas glob berdasarkan longitude
dan latitude. Secara tak langsung kita tahu bahawa bumi berbentuk sfera dan
menerima cahaya matahari tidak sama bagi semua tempat.( lihat kesan putaran
bumi). Jadi pengaruh penerimaan cahaya matahari ini dikaitkan dengan perbezaan
waktu tempatan sesuatu Negara.
Lihat Penentuan Zon Waktu Berdasarkan Longitud.
| Pengiraan Berasaskan Waktu Di Meridian Pangkal 0' (London). |
Ahad, 29 Julai 2012
MALAYSIA LUBUK EMAS BAGI WARGA ASING.
PASAR BORONG KL DIJAJAH
WARGA ASING
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang menjalankan perniagaan
menjual sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR –
Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar
Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh
warga asing terutamanya dari Myanmar.
Senario itu kini
semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar
yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik
tocang.
Mereka juga didakwa
berlagak samseng hingga ada yang berani mencetuskan pergaduhan sesama sendiri
dengan peniaga tempatan.
Malah kejadian
pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar
yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras
warga asing terbabit.
Menurut sumber, warga
asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas
angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga
ditawarkan peniaga tempatan.
“Contohnya, jika
sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan
menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan
pemborong.
“Kes kecurian sayur
juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur
yang mahal pada harga pasaran semasa,” kata sumber itu ketika ditemui di sini
semalam.
Jumaat, 27 Julai 2012
BELAJAR BERSYUKUR, JALAN BAHAGIA.
BELAJAR BERSYUKUR, JALAN BAHAGIA.
Padanglah apa yang kita ada, jangan pandang apa yang orang lain ada. Pada satu ketika, kita rasa dengki dengan kekayaan yang ada pada orang lain. Kita rasa dengki dengan pencapaian orang lain. Kita rasa kecewa, mengapa ya Allah , aku tidak sehebatnya. Mengapa aku tidak hebat sepertinya?. Jarang sekali orang nampak kelebihan yang Tuhan beri pada kita. Ya! Amat banyak dan tidak terhitung.
![]() |
| Pelajar ku buang sifat malas berusaha, lihatlah mereka ini bersyukur. |
Betapa selesanya bilik-bilik di SMK Padang Tengku untuk mencari kejayaan.Bangunan yang selesa, lengkap perabut, teduh dan redup disejukkan kipas. Bandinglah pelajar-pelajar di tempat lain tapi mereka tekun belajar.
![]() |
| Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap insan . |
Walau kita tidak kaya tapi Tuhan telah pilih
bahagia untuk kita walaupun serba kekurangan. Kita dikurniakan rupa paras yang
kurang menarik tetapi kita lupa kita ada jantung, mata dan buah pinggang yang sihat.
![]() |
| Lihat rumah kita, lihat rumah mereka. |
Kita tidak pernah bersyukur dengan
kurniannya.Adakah kita masih angkuh sedangkan Allah sudah memberi kita
secukupnya? Pandanglah kepada orang yang lebih kurang darimu
![]() |
| Kita sentiasa tunggu untuk dibantu, siapa yang membantu mereka. |
Kita masih lagi boleh bernafas, tetapi ada di
saat ini orang yang berusaha untuk bernafas menyedut udara kerana nazak di
ambang sakaratul maut. Ada yang tiada kaki tetapi dia masih bersyukur kerana
anggota lain masih ada dan sentiasa lakukan amal , sedangkan kita yang ada kaki
jarang bersyukur. Sampai nak menjejak ke rumah Allah pun, kita masih kurang.
![]() |
| Bersyukurlah dengan apa yang kita ada DAN jangan lupa membantu orang lain kadar kemampuan. |
Ada yang tiada mata, tetapi dia masih
bersyukur dan terus bersyukur untuk mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.
Tetapi kita yang ada mata sanggup memandang perkara haram.
![]() |
| Fikirkan Renungkan di mana kita. Moga kita bersyukur. |
Ahad, 15 Julai 2012
100 Hari Menjelang Peperiksaan PMR
Uhuk!..uhuk!...berdebu, bersawang dah blog ni. Lama dah tidak memasukkan sebarang entry, lupa dah bila kali terakhir sign in. Hari ini sempena minggu bertugas dan ada pulak Program 100 Hari Menjelang PMR yang diorganisekan oleh pihak kaunseling. Datang pula minat nak share bahan. Sebelum tu Tahniah! pada pihak kaunseling SMKPT. Antara lain objektifnya ialah menanam rasa cemas dalam kalangan pelajar tentang peristiwa besar yang mereka hadapi.
Ummm...Exam dah dekat nampaknya cikgu yang alert sedangkan pelajar-pelajar masih di takuk lama. Bagi pelajar-pelajar yang nak ambil exam PMR dan SPM tahun ni Good Luck. Di bawah ini ada sedikit maklumat berkaitan panduan menghadapi peperiksaan. Sudi-sudilah membacanya.
Carian 1
9
Tips Menghadapi Peperiksaan
Sudahkah anda bersediamenghadapi
peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebatmenghadapi peperiksaan?Mungkin ada yang
tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untukmenghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada
sertakan9 tipsuntuk
sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelummenghadapi peperiksaan.
Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka
sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan.
Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota
poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan
lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca
skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara
menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.
Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar
rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat
lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa
otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman
yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain
itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin
kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari
jawapan kepada persoalan yang timbul.
Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum
menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana
ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada
tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab
matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan
perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada
baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan
supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.
Bersedia Dengan Keperluan
Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak,
segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu
anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin
kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan
slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.
Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila
semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan
tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini
penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh
perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian
mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau
berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana
kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat
diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang
sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat
lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.
Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf,
buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana
perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi
peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi
apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama
ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada
otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.
Jangan Terlalu Ketawa dan
Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok
anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh
menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat
dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara
sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi
ketenangan.
Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan
sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan
yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis
boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untukkhasiat sayuran.
Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita
hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa
yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.
Ahad, 8 Julai 2012
BILA AGAKNYA NAK BUAT KAT MALAYSIA
Boleh guna Facebook waktu kerja pejabat
LONDON: Penjawat awam Britain diarahkan melayari web rangkaian sosial Facebook ketika waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat.
Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu. “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka.
“Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur. Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet.
Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.
“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall,”
Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook.
Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.
Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet.
Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa.
Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter. - Agensi
Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu. “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka.
“Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur. Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet.
Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.
“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall,”
Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook.
Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.
Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet.
Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa.
Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter. - Agensi
(DIPETIK DARI BERITA HARIAN)
09/07/2012
Jumaat, 29 Jun 2012
GERAKAN JISIM
Gerakan Jisim (Tanah Runtuh).
Gerakan jisim ialah pergerakan tanih menuruni cerun
samada secara perlahan atau sebaliknya.
Umumnya terdapat empat jenis gerakan jisim yang
sering berlaku bergantung kepada lokasi iaitu kesotan tanah, gelangsaran tanih,
gelungsuran tanih dan aliran lumpur.Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan
dengan kegelungsuran tanah dan boleh menyebabkan kematian
atau kemusnahan harta benda.Tanah
runtuh merupakan kejadian
geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah,
seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran.
Faktor Kejadian Gerakan Jisim.
Walaupun graviti bertindak
pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan
lain:
§
Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh
cairan salji atau hujan lebat
§
gempa bumi yang
menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
§
letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan
aliran sampah.
§
gegaran dari
mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin
mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
§
berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan
atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur
binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan
struktur lain
§
Tekanan air bawah
tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
§
Ragutan berlebihan di kaki cerun oleh binatang
ternakan
(dipetik dari Wikipedia)
Beberapa
Contoh Kejadian Tanah Runtuh Di Malaysia.
![]() |
| Selain merosakkan harta benda dan nyawa tanah runtuh boleh menghalang lalulintas. |
![]() |
| Kemusnahan harta benda |
![]() |
| Anak-anak Yatim mangsa tanah runtuh di Hulu Langat. |
Bahan
di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran
lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan
kereta, dengan itu menghalang jambatan dan
aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Samajuga,
air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang
tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun,
ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah
runtuh dan membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh
dengan pantas dari sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices)
atau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.
Aliran
piroklastik (pyroclastic) berpunca daripada runtuhan
habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang
tersebar dengan pantas daripada gunung
berapi yang meletus.
VIDEO TANAH RUNTUH DI RANAU, SABAH
(Di petik dari YouTube)
Langgan:
Catatan (Atom)









