PASAR BORONG KL DIJAJAH
WARGA ASING
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang menjalankan perniagaan
menjual sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR –
Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar
Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh
warga asing terutamanya dari Myanmar.
Senario itu kini
semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar
yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik
tocang.
Mereka juga didakwa
berlagak samseng hingga ada yang berani mencetuskan pergaduhan sesama sendiri
dengan peniaga tempatan.
Malah kejadian
pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar
yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras
warga asing terbabit.
Menurut sumber, warga
asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas
angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga
ditawarkan peniaga tempatan.
“Contohnya, jika
sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan
menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan
pemborong.
“Kes kecurian sayur
juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur
yang mahal pada harga pasaran semasa,” kata sumber itu ketika ditemui di sini
semalam.
JOM KITA KAITKAN DENGAN APA YANG KITA BELAJAR
KAT SEKOLAH.
Warga asing selalunya
kita kaitkan dengan Migrasi Antarabangsa, atau perpindahan masuk penduduk satu Negara
ke Negara yang lain (jangkamasa lama dan mendatangkan kesan). Kalau dalam
istilah geografi ia disebut sebagai ketidakseimbangan ruang contohnya mundur
dan maju. Jadi warga kawasan mundur akan berusaha mendapatkan kemewahan dan
keselesaan di tempat yang baru. Hal ini menjadi perkara yang normal di Malaysia.
Natijahnya bila hadirnya sesuatu
perayaan orang akan berduyun balik ke luar Bandar. Sementara ribuan warga asing
akan menakluki kotaraya Kuala Lumpur.
Faktor Migrasi
Antarabangsa
Walaubagaimana pun
kebanjiran warga asing ini dapat dikaitkan dengan factor menarik dan factor menolak.
Faktor Menolak (Keadaan di Negara asal)
§ Krisis ekon di negara
asal
§
Kadar upah yang rendah dan tidak tetap.
§ Ketidakstabilan
politik negara asal
§ Gempa bumi, tsunami,
gunung berapi, banjir
§ Masalah
kemiskinan dan taraf hidup yang rendah.
Faktor Menarik (Keadaan di Negara destinasi)
§ Politik stabil di Malaysia menarik golongan professional
untuk mengembangkan kerjaya misalnya
perniagaan.
§ Ekonomi stabil
§ Peluang kerja dan gaji
tinggi
§ Nilai mata wang tinggi
di M’sia
§ Pembangunan ekon
meningkat tetapi kurang§
§ Budaya serumpun/sama (agama &
budaya) contohnya Indonesia.
§ Hubungan persaudaraan
yang telah wujud
§ Dasar Kerajaan
§ Dasar utk meningkatkan
sektor pertanian – buruh diperlukan
§ Adanya MOU &
hubungan diplomatik
§ Letakan berhampiran
& jarak dekat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan