Selasa, 9 Oktober 2012

BILA FITRAH ALAM DIUBAH

Setiap ciptaan Tuhan adalah berpasangan. Cuba pejamkan mata lihat alam dengan mata hati pasti betapa banyaknya ciptaan itu. Ada lelaki ada perempuan, ada bulan ada matahari, ada ibu ada anak dan betapa-betapa ada lagilah. Entri kali ini cuma nak mengajak pelunsur memikirkan tentang perancangan keluarga. Dalam agama islam kawalan kelahiran boleh dilakukan atas sebab-sebab darurat. Antaranya kalau ianya boleh mengancam nyawa ibu. Kalau nak tahu sebab darurat itu kenalah tanya ustaz-ustaz yang terbilang dulu. 



Kegusaran kini telah melanda negara China dengan polisi yang diamalkan sejak 1980 iaitu satu keluarga satu anak. Ini bermakna setiap keluarga harus memiliki seorang anak sahaja. Persoalan yang perlu difikirkan ialah:





Banyak nilai kekeluargaan akan runtuh dan hilang begitu sahaja. Jadi dasar penduduk 70 juta yang diamalkan oleh negara Malaysia adalah langkah yang tidak ketinggalan zaman kalau dirujuk beberapa persoalan di atas tadi. Kita seharusnya bersyukur menjadi rakyat negara ini kerana di berikan kebebasan untuk mengamalkan cara hidup kita sendiri.









Rabu, 3 Oktober 2012

AMAZON JANTUNG BUMI

SILA KLIK AMAZON JANTUNG BUMI untuk maklumat selanjutnya.

LEMBANGAN AMAZON

KAWASAN TADAHAN AIR

POKOK BERSAIZ BESAR MAMPU MEMBEKALKAN 1000 LITER AIR KE ATMOSFERA

Rabu, 5 September 2012

5 Place In World That Makes You Froze When Visiting

Kesejukkan yang melampau di bawah paras beku. Huh Grrrrrr!!!..5 Place In World That Makes You Froze When Visiting .Jom kita lihat

Rabu, 1 Ogos 2012


ZON WAKTU TEMPATAN
Mungkin beberapa persoalan timbul dalam minda setiap daripada pelajar. Mengapa waktu berbuka puasa tidak sama bagi semua tempat di Malaysia. Alangkah baiknya jika waktu berbuka kita seperti di Sabah dan Sarawak dan waktu sahur seperti  Malaysia barat. Baru-baru ini kita saksikan perasmian sukan olimpik London 2012 melalui TV di awal pagi. Nasib baik ianya berlaku di bulan puasa, sekurang-kurangnya  masih ramai yang tidak sambung tidur lepas waktu bersahur. Maka dapatlah kita saksikan kemeriahan perasmian sukan tersebut.

Pernahkah timbul persoalan dalam kalangan pelajar wajarkah ianya di adakan di awal pagi. Sebenarnya perasmian pembukaan Olimpik London 2012 berlaku sekitar jam 8.00 pm waktu tempatan. Kalau pelajar masih ingat di tingkatan 2 pelajar telah mempelajari kedudukan di atas glob berdasarkan longitude dan latitude. Secara tak langsung kita tahu bahawa bumi berbentuk sfera dan menerima cahaya matahari tidak sama bagi semua tempat.( lihat kesan putaran bumi). Jadi pengaruh penerimaan cahaya matahari ini dikaitkan dengan perbezaan waktu tempatan sesuatu Negara.

Lihat Penentuan Zon Waktu Berdasarkan Longitud.

Pengiraan Berasaskan Waktu Di Meridian Pangkal 0' (London).

Ahad, 29 Julai 2012

MALAYSIA LUBUK EMAS BAGI WARGA ASING.


PASAR BORONG KL DIJAJAH WARGA  ASING

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang menjalankan perniagaan menjual sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh warga asing terutamanya dari Myanmar.
Senario itu kini semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik tocang.



Mereka juga didakwa berlagak samseng hingga ada yang berani mencetuskan pergaduhan sesama sendiri dengan peniaga tempatan.
Malah kejadian pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras warga asing terbabit.
Menurut sumber, warga asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga ditawarkan peniaga tempatan.
“Contohnya, jika sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan pemborong.
“Kes kecurian sayur juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur yang mahal pada harga pasaran semasa,” kata sumber itu ketika ditemui di sini semalam.

Jumaat, 27 Julai 2012

BELAJAR BERSYUKUR, JALAN BAHAGIA.

BELAJAR BERSYUKUR, JALAN BAHAGIA.
Padanglah apa yang kita ada, jangan pandang apa yang orang lain ada. Pada satu ketika, kita rasa dengki dengan kekayaan yang ada pada orang lain. Kita rasa dengki dengan pencapaian orang lain. Kita rasa kecewa, mengapa ya Allah , aku tidak sehebatnya. Mengapa aku tidak hebat sepertinya?. Jarang sekali orang nampak kelebihan yang Tuhan beri pada kita. Ya! Amat banyak dan tidak terhitung.




Pelajar ku buang sifat malas berusaha, lihatlah mereka ini bersyukur.

Betapa selesanya bilik-bilik di SMK Padang Tengku untuk mencari kejayaan.Bangunan yang selesa, lengkap perabut, teduh dan redup disejukkan kipas. Bandinglah pelajar-pelajar di tempat lain tapi mereka tekun belajar.

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap insan .



 Walau kita tidak kaya tapi Tuhan telah pilih bahagia untuk kita walaupun serba kekurangan. Kita dikurniakan rupa paras yang kurang menarik tetapi kita lupa kita ada jantung, mata dan  buah pinggang yang sihat.

Lihat rumah kita, lihat rumah mereka.






Kita tidak pernah bersyukur dengan kurniannya.Adakah kita masih angkuh sedangkan Allah sudah memberi kita secukupnya? Pandanglah kepada orang yang lebih kurang darimu
Kita sentiasa tunggu untuk dibantu, siapa yang membantu mereka.

 Kita masih lagi boleh bernafas, tetapi ada di saat ini orang yang berusaha untuk bernafas menyedut udara kerana nazak di ambang sakaratul maut. Ada yang tiada kaki tetapi dia masih bersyukur kerana anggota lain masih ada dan sentiasa lakukan amal , sedangkan kita yang ada kaki jarang bersyukur. Sampai nak menjejak ke rumah Allah pun, kita masih kurang.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada DAN jangan lupa membantu orang lain kadar kemampuan.


Ada yang tiada mata, tetapi dia masih bersyukur dan terus bersyukur untuk mengingati Allah dengan sentiasa berzikir. Tetapi kita yang ada mata sanggup memandang perkara haram.  
Fikirkan Renungkan di mana kita. Moga kita bersyukur.





Ahad, 15 Julai 2012

100 Hari Menjelang Peperiksaan PMR

Uhuk!..uhuk!...berdebu, bersawang dah blog ni. Lama dah tidak memasukkan sebarang entry, lupa dah bila kali terakhir sign in. Hari ini sempena minggu bertugas dan ada pulak Program 100 Hari Menjelang PMR yang diorganisekan oleh pihak kaunseling. Datang pula minat nak share bahan. Sebelum tu Tahniah! pada pihak kaunseling SMKPT. Antara lain objektifnya ialah menanam rasa cemas dalam kalangan pelajar tentang peristiwa besar yang mereka hadapi.

Ummm...Exam dah dekat nampaknya cikgu yang alert sedangkan pelajar-pelajar masih di takuk lama. Bagi pelajar-pelajar yang nak ambil exam PMR dan SPM tahun ni Good Luck. Di bawah ini ada sedikit maklumat berkaitan panduan menghadapi peperiksaan. Sudi-sudilah membacanya.

Carian 1
9 Tips Menghadapi Peperiksaan
Sudahkah anda bersediamenghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebatmenghadapi peperiksaan?Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untukmenghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan9 tipsuntuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelummenghadapi peperiksaan.
Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.
Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.
Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.
Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.
Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.
Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.
Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.
Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untukkhasiat sayuran.
Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

Ahad, 8 Julai 2012

BILA AGAKNYA NAK BUAT KAT MALAYSIA

Boleh guna Facebook waktu kerja pejabat

LONDON: Penjawat awam Britain diarahkan melayari web rangkaian sosial Facebook ketika waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat.


Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu. “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka.
“Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur. Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet.


Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.


“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall,”


Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook.
Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.


Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet.


Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa.


Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter. - Agensi
(DIPETIK DARI BERITA HARIAN)
09/07/2012

Jumaat, 29 Jun 2012

GERAKAN JISIM

Gerakan Jisim (Tanah Runtuh).
Gerakan jisim ialah pergerakan tanih menuruni cerun samada secara perlahan atau sebaliknya.
Umumnya terdapat empat jenis gerakan jisim yang sering berlaku bergantung kepada lokasi iaitu kesotan tanah, gelangsaran tanih, gelungsuran tanih dan aliran lumpur.Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelungsuran tanah dan boleh menyebabkan kematian atau kemusnahan harta benda.Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran.
Faktor Kejadian Gerakan Jisim.
Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
§  hakisan oleh sungaiglasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
§  Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
§  gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
§  letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
§  gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
§  berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
§  Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
§  pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
§  Ragutan berlebihan di kaki cerun oleh binatang ternakan
(dipetik dari Wikipedia)

Beberapa Contoh Kejadian Tanah Runtuh Di Malaysia.
Selain merosakkan harta benda dan nyawa tanah runtuh boleh menghalang lalulintas.


Kemusnahan harta benda


Anak-anak Yatim mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.


Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices) atau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.
Aliran piroklastik (pyroclastic) berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas daripada gunung berapi yang meletus.

VIDEO TANAH RUNTUH DI RANAU, SABAH
(Di petik dari YouTube)

Isnin, 21 Mei 2012

BAKAU- ASET YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA.


Mengurus, mengekalkan hutan bakau


Kumpulan Penyelidik FRIM (dari kiri) Dr. Raja Barizan Raja Sulaiman, Dr. Ismail Harun dan Dr. Shamsudin Ibrahim menunjukkan kaedah Comp-Mat yang berkesan untuk penanaman anak bakau di Sabak Bernam, Selangor.

SEBAGAI sebuah negara yang di kelilingi laut, kawasan pinggir pantai Malaysia, sememangnya berisiko diancam hakisan ombak.
Ancaman tersebut tentunya akan menjadi lebih serius dan boleh mendatangkan musibah jika ekosistem kawasan pinggir pantai negara ini terancam atau diganggu-guat.
Salah satu ekosistem penting yang kewujudannya bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi juga perlu dipulihara ialah kawasaln hutan bakau.


Sehingga kini Malaysia memiliki hutan bakau seluas 564,971 hektar.
Ia meliputi 101,000 hektar di Semenanjung Malaysia dan Sabah meliputi 59 peratus daripada keluasan tersebut manakala Sarawak 23 peratus daripada keseluruhan tersebut.
Bakau merupakan satu ekosistem pesisir yang banyak menyumbang kepada perkembangan organisme yang menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat.


Hutan bakau penting sebagai habitat organisme seperti udang putih (Penaeus merguiensis), P. indicus dan P. vannemei), ikan kerapu (Epenephilus tauvina), siakap (Lates calcarifer) , ketam (Scylla serrata dan belanak (Mugil spp).
Selain itu ia juga menjadi tempat persinggahan pelbagai jenis burung dan menjadi tempat mencari makan bagi beberapa spesies lain. Beberapa tahun kebelakangan ini, orang ramai mula menyedari kepentingan bakau dalam melindungi sistem ekologi kawasan pesisir pantai. Sejak berlakunya kejadian ombak besar atau ‘ombak pelabuhan’ yang lebih dikenali sebagai tsunami dalam bahasa Jepun, bakau kelihatan sangat penting, lebih daripada sekadar faktor ekonomi dan habitat.


Bakau merupakan zon penampan kepada ancaman ribut, ombak kuat dan hakisan.
Hutan bakau di kenal pasti sebagai zon penampan semula jadi yang paling berkesan di pesisiran pantai.
Sasarannya ialah sekurang-kurangnya dalam kawasan sepanjang 100 meter atau 50 meter dari pantai mempunyai hutan bakau bagi mengurangkan kesan tsunami.


Pada masa sama, hutan bakau juga memberi sokongan kepada ekosistem berhampiran pantai terutama melibatkan anak ikan dan udang untuk mencari perlindungan daripada pemangsa yang lebih besar.
Oleh itu, ekosistem bakau merupakan sumber makanan kepada anak-anak ikan dan udang serta juga burung migrasi seperti di Kuala Gula.


Bakau juga berfungsi sebagai penapis segala pencemaran daripada hulu sungai dan sebagai sumber ekonomi kepada peniaga kayu arang. Kerana kepentingannya itu, banyak agensi giat menjalankan kajian bagaimana mengekalkan pokok bakau dalam biodiversiti termasuk kaedah menanamnya.
Ini kerana fenomena hakisan pantai dan kepupusan organisme seakan-akan ada kaitan dengan ancaman terhadap hutan bakau yang sangat bermanfaat itu..


Masalah hakisan tersebut ditakrifkan dalam pelbagai keadaan berdasarkan agensi yang menilainya termasuk Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).
Teknologi pemulihan


Menurut laporan yang dipetik daripada Garis Panduan Teknik Inovatif Penanaman Bakau di Pesisiran Pantai Berisiko Tinggi , terdapat dua langkah untuk mengatasi masalah tersebut iaitu kejuruteraan keras dan kejuruteraan lembut.
Kejuruteraan keras merujuk kepada pembinaan lapisan pelindung, benteng hakisan, pemecah ombak, blok konkrit dan tembok penahan. Di bawah kejuruteraan lembut pula, peranan hutan bakau diiktiraf sebagai kaedah mengawal hakisan. Penanaman semula bakau dengan teknologi tertentu diktiraf kerana ia berfungsi sebagai benteng penahan ombak.


Menurut Pengarah Bahagian Perhutanan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Shamsudin Ibrahim, penyelidikan mengenai bakau yang telah dijalankan sejak sekian lama adalah merangkumi pelbagai bidang.
Ini termasuk kajian mengenai teknik penghasilan bahan tanaman spesies bakau yang mampu menampung permintaan, pengawalan agen-agen perosak bakau dan bukan bakau di pesisiran pantai serta kajian mengenai nipah dan sosioekonomi penduduk di kawasan sekitar. Dua kaedah kejuruteraan yang digunakan termasuklah kejuruteraan keras seperti lapis lindung, benteng hakisan, blok konkrit dan tembok penahan. tetapi inovasi yang lebih baik ialah kejuruteraan lembut, Ini kerana, di sebalik semua kajian tersebut, teknik inovatif penanaman semula bakau menggunakan pelbagai kaedah antara yang penting di beri perhatian.


Teknik yang dikategorikan sebagai kejuruteraan lembut itu juga melibatkan modul penyamaan tekanan penyuburan pantai dan pemecah ombak geotekstil isian endapan. Ternyata memulihara bakau menggunakan teknologi kejuruteraan - ekologi penting sebagai mekanisme penahan ombak. Teknologi tersebut menggunakan bakau sebagai penahan ombak dan memerangkap sedimen.


Teknologi yang diperkenalkan dikenali sebagai geotiub iaitu struktur seperti bantal yang diperbuat daripada geotekstil yang diisi dengan pasir. Ia ditempatkan di tapak kajian pemulihan hutan bakau antaranya di Sungai Dorani, Selangor yang melibatkan FRIM, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Dr. Shamsudin berkata, pihaknya bekerjasama dengan agensi lain seperti JPSM, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan hutan bakau terpelihara daripada segala bentuk pencerobohan serta keputusan salah untuk mengubah status penggunaan tanah memandangkan pentadbirannya di bawah kuasa kerajaan negeri.Antara teknik yang digunakan ialah comp-mat atau compress mattres iaitu menggunakan bekas tanaman berbentuk empat segi bujur diperbuat daripada rangka aluminium tahan karat dan dawai bersalut plastik. Teknik kedua ialah comp pillow yang menggunakan coir-log atau gegelung sabut yang bertindak sebagai bekas untuk penanaman. Kaedah ketiga dalam inovasi penanaman bakau ialah BEM atau Bamboo encasement method yang melibatkan penggunaan buluh sebagai bekas tanaman.Buluh bukan sahaja berfungsi melindungi anak pokok daripada pukulan ombak tetapi juga arus laut yang kuat. Dr. Shamsudin memberitahu, selain kajian bakau, turut dijalankan ialah spesies nipah dan kajian mengenai sosioekonomi.


Rabu, 16 Mei 2012

Teknologi Terkini Pelupusan Sisa Pepejal

Mungkinkah insinerator adalah jalan penyelesaian?
Insinerator



Adalah teknologi pemprosesan sampah yang melibatkan pembakaran bahan organik . Bakar dan pemprosesan sampah melibatkan  pemprosesan terma . Melalui kaedah ini sampah akan dibakar di dalam satu alat menghasilkan abu dan sisa gas .Kemudian gas yang terhasil akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dibebaskan ke atmosfera. Haba yang dihasilkan boleh dimanfaatkan sebagai tenaga penjanaan elektrik .
Insinerator SYSAV di Malmö, Sweden yang mampu mengatasi sampah rumah
 tangga hingga 25 metrik ton perjam
Kebaikan Alat Ini
1. Mengatasi masalah ketiadaan tapak pelupusan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
2. Mengatasi masalah yang berkaitan pencemaran seperti asap dari pembakaran konvensional, bau busuk, pencemaran air dan perebakan penyakit. Insinerator mengurangkan pengeluaran asap dan gas-gas beracun boleh dirawat.
4.Bahan sampingan dari insinerator boleh dimanfaatkan seperti yang dikategorikan sebagai sampah perubatan.
5.Beberapa jenis sampah berbahaya di mana patogen dan racun kimia boleh hancur dengan suhu yang tinggi.


Petikan Dari Akhbar:






Ahad, 13 Mei 2012

Kitar Semula: Sejauhmana Kesedaran Masyarakat.


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.


Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.



Program Kitar Semula Dalam Pengajaran Geografi SPM 5 Al Battani.

(Fokus kepada Program 3R-Reeuse Reduce and Recyle)

1.      Kempen mengitar semula kertas mengurangkan penebangan hutan untuk membuat pulpa dan kertas.

2.      Program kitar semula mengurangkan kesan rumah hijau kerana semasa bahan buangan mereput  akan meningkatkan pengeluaran gas rumah hijau seperti mentana.

3.      Kempen mengurangkan pembaziran dan kitar semula air dapat mengelakkan lebih banyak empangan dibina seterusnya memusnahkan flora dan fauna.

4.      Kitar semula mengurangkan kos input pertanian contohnya penghasilan baja kompos dari sisa pertanian bukan saja lebih murah dan tidak menjejaskan alam sekitar.

5.      Kempen menjimatkan elektrik megurangkan kemusnahan hutan serta fauna akibat pembinaan empangan. Atau pengeluaran asap dari loji pengeluaran elektrik termal.

6.      Kitar semula logam mengurangkan pembukaan kawasan lombong-lombong baru yang ternyata memusnahkan tanih, hutan dan mengotorkan sungai seperti lumpur dan kandungan logam berat-raksa.

7.      Membersihkan alam sekitar, masyarakat lebih selesa iaitu kurang pembakaran sampah dan pencemaran bau busuk oleh sisa buangan.

888mgh

Isi-isi ini boleh digunakan untuk soalan esei seperti bab sumber  perhutanan, sumber air, sumber galian, kegiatan pertanian dan lain-lain. Semoga mendapat faedah.