Kegusaran kini telah melanda negara China dengan polisi yang diamalkan sejak 1980 iaitu satu keluarga satu anak. Ini bermakna setiap keluarga harus memiliki seorang anak sahaja. Persoalan yang perlu difikirkan ialah:
- Anak akan memikul tanggungjawab besar iaitu menjaga keluarganya, empat ibubapanya (ibubapa sendiri dan isteri), dan datuk-datuknya.
- Bagaimana kalau seorang anak itu meninggal dunia dikala ibubapanya sudah tamat waktu suburnya. Siapa yang nak menjaga kebajikan orang tuanya.
- Bagaimana kalau anak itu cacat fizikal dan cacat mental.
- Tenaga kerja masa hadapan akan meruncing. Jangkaan tahun2050 lebih dari 30 peratus penduduk China adalah golongan tua (tidak aktif dan ditanggung).
- Dari kekeluargaan bilangan saudara-mara akan berkurang saiz. Tiada istilah hirarki adik-beradik dalam keluarga, sepupu-sepapat dah tiada dan lain-lain lagi.
Banyak nilai kekeluargaan akan runtuh dan hilang begitu sahaja. Jadi dasar penduduk 70 juta yang diamalkan oleh negara Malaysia adalah langkah yang tidak ketinggalan zaman kalau dirujuk beberapa persoalan di atas tadi. Kita seharusnya bersyukur menjadi rakyat negara ini kerana di berikan kebebasan untuk mengamalkan cara hidup kita sendiri.