Ahad, 29 Julai 2012

MALAYSIA LUBUK EMAS BAGI WARGA ASING.


PASAR BORONG KL DIJAJAH WARGA  ASING

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang menjalankan perniagaan menjual sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh warga asing terutamanya dari Myanmar.
Senario itu kini semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik tocang.



Mereka juga didakwa berlagak samseng hingga ada yang berani mencetuskan pergaduhan sesama sendiri dengan peniaga tempatan.
Malah kejadian pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras warga asing terbabit.
Menurut sumber, warga asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga ditawarkan peniaga tempatan.
“Contohnya, jika sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan pemborong.
“Kes kecurian sayur juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur yang mahal pada harga pasaran semasa,” kata sumber itu ketika ditemui di sini semalam.

Jumaat, 27 Julai 2012

BELAJAR BERSYUKUR, JALAN BAHAGIA.

BELAJAR BERSYUKUR, JALAN BAHAGIA.
Padanglah apa yang kita ada, jangan pandang apa yang orang lain ada. Pada satu ketika, kita rasa dengki dengan kekayaan yang ada pada orang lain. Kita rasa dengki dengan pencapaian orang lain. Kita rasa kecewa, mengapa ya Allah , aku tidak sehebatnya. Mengapa aku tidak hebat sepertinya?. Jarang sekali orang nampak kelebihan yang Tuhan beri pada kita. Ya! Amat banyak dan tidak terhitung.




Pelajar ku buang sifat malas berusaha, lihatlah mereka ini bersyukur.

Betapa selesanya bilik-bilik di SMK Padang Tengku untuk mencari kejayaan.Bangunan yang selesa, lengkap perabut, teduh dan redup disejukkan kipas. Bandinglah pelajar-pelajar di tempat lain tapi mereka tekun belajar.

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap insan .



 Walau kita tidak kaya tapi Tuhan telah pilih bahagia untuk kita walaupun serba kekurangan. Kita dikurniakan rupa paras yang kurang menarik tetapi kita lupa kita ada jantung, mata dan  buah pinggang yang sihat.

Lihat rumah kita, lihat rumah mereka.






Kita tidak pernah bersyukur dengan kurniannya.Adakah kita masih angkuh sedangkan Allah sudah memberi kita secukupnya? Pandanglah kepada orang yang lebih kurang darimu
Kita sentiasa tunggu untuk dibantu, siapa yang membantu mereka.

 Kita masih lagi boleh bernafas, tetapi ada di saat ini orang yang berusaha untuk bernafas menyedut udara kerana nazak di ambang sakaratul maut. Ada yang tiada kaki tetapi dia masih bersyukur kerana anggota lain masih ada dan sentiasa lakukan amal , sedangkan kita yang ada kaki jarang bersyukur. Sampai nak menjejak ke rumah Allah pun, kita masih kurang.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada DAN jangan lupa membantu orang lain kadar kemampuan.


Ada yang tiada mata, tetapi dia masih bersyukur dan terus bersyukur untuk mengingati Allah dengan sentiasa berzikir. Tetapi kita yang ada mata sanggup memandang perkara haram.  
Fikirkan Renungkan di mana kita. Moga kita bersyukur.





Ahad, 15 Julai 2012

100 Hari Menjelang Peperiksaan PMR

Uhuk!..uhuk!...berdebu, bersawang dah blog ni. Lama dah tidak memasukkan sebarang entry, lupa dah bila kali terakhir sign in. Hari ini sempena minggu bertugas dan ada pulak Program 100 Hari Menjelang PMR yang diorganisekan oleh pihak kaunseling. Datang pula minat nak share bahan. Sebelum tu Tahniah! pada pihak kaunseling SMKPT. Antara lain objektifnya ialah menanam rasa cemas dalam kalangan pelajar tentang peristiwa besar yang mereka hadapi.

Ummm...Exam dah dekat nampaknya cikgu yang alert sedangkan pelajar-pelajar masih di takuk lama. Bagi pelajar-pelajar yang nak ambil exam PMR dan SPM tahun ni Good Luck. Di bawah ini ada sedikit maklumat berkaitan panduan menghadapi peperiksaan. Sudi-sudilah membacanya.

Carian 1
9 Tips Menghadapi Peperiksaan
Sudahkah anda bersediamenghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebatmenghadapi peperiksaan?Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untukmenghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan9 tipsuntuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelummenghadapi peperiksaan.
Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.
Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.
Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.
Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.
Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.
Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.
Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.
Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untukkhasiat sayuran.
Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

Ahad, 8 Julai 2012

BILA AGAKNYA NAK BUAT KAT MALAYSIA

Boleh guna Facebook waktu kerja pejabat

LONDON: Penjawat awam Britain diarahkan melayari web rangkaian sosial Facebook ketika waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat.


Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu. “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka.
“Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur. Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet.


Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.


“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall,”


Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook.
Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.


Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet.


Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa.


Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter. - Agensi
(DIPETIK DARI BERITA HARIAN)
09/07/2012